Menggali Hikmah | Day 180 Digging up by RyanDonnelly
Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?
Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?
Jangan biarkan perkara itu menimpa kita,
sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap
masa hadapan dengan penuh keyakinan.
Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.
Waktu itu kekuatan mental kita diuji.
Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai.
Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!
Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian
Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.Ibnu Al-Jauzy berkata,
“Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?“
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup
ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan.
Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.
Ibrah | broken by Dignacker
”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kehidupan, kita tidak akan dapat lari
daripada hidup penuh dengan ujian lebih-lebih kita sekarang berada di
zaman fitnah yang sangat dahsyat.
Teringat diri akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. Biar rasa sakit sikit untuk menguji samada hambaNya mengingatinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita.
Walau mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.
Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini
adalah untuk menguji kita. Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk
menguji.
Siapalah kita untuk menolak ujian
yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang
diberikan. Tidakkah kita sedar kita hanya hambaNya, yang hidupnya kita
ini pun juga atas belas ehsanNya.
Sedangkan telah termaktub bagi mereka
yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap
ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.
Apakah Sebenarnya Maksud Ibrah itu?
Ibrah itu pengajaran
Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a
lesson. Sesuatu yang dapat kita kutip sepanjang selusur kehidupan kita
ini. ‘Lesson learnt’ itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan
peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.
Continue Reading…
Tudung | Hijab Girl by bobGraphics
Lambakan fesyen tudung yang macam-macam
buat kaum kami rasa teruja, rasa nak cuba, try, test. Belit sana,belit
sini,butang 10 biji pun kadang tak cukup. Berlapis-lapis
tudungnya,colour blocking style katanya.
Tapi labuhnya masih tidak menepati kehendak Pencipta, Sanggulnya kalah bonggol unta. Apa makna hijab bagi kita sebenarnya?
Tudung Untuk Mencari Perhatian?
Untuk siapa kita berhias sebenarnya?
Untuk menang Ikon Muslimah Dara.com? Pemenang utama Hijabista? atau hanya untuk menang di mata Pencipta?
Tepuk dada,tanya iman kita.Berfesyen itu tidak salah,tetapi syariat Islam harus bersamanya.
Belum lagi jubah LYCRA yang dikata sudah cukup menutup aurat,ooo sungguh sweet bila si gadis yang pakai.
awwi! memang tutup semua.tapi
ketulan-ketulan daging,yang PJK (Perut Jauh Kehadapan) sorry, i need to
say this guys. kalau tutup,tapi ketat,Tupperware lagi cantik dari kita.
Jadi wanita-wanita macam anggun je,
macam comel je sekalian yang kusayangiya pun aduyai, jangan jadikan diri
kita ni mangsa fesyen yang bukan-bukan, jangan jadikan diri kita ni
bahan eksperimen.
Jom kita share tips berfesyen yg nampak mcm sweet je,mcm comel je.hehe.. =)
i) pakai stoking
ii) pakai handsock
iii) baju/dress yang tak ketat dan tidak menunjukkan yang tak patut ditunjuk
iv) tudung mesti tutup dada,tudung-tudung bawah ni boleh buat tutup dada
v) jenis kain-kalau boleh elakkan pakai jenis lycra,sbb bila pakai,dia melekat kat badan.Kalau kain shiffon yang siap lining,nampak cantik je bila pakai
- tudung bawal segi empat
- shawl labuh
- pashmina
- tudung bulat (tudung ustazah)
Jadi Muslimah Yang Bijak!
Sebenarnya,kalau kita fikir betul-betul,
bila kita beli kain 4 meter, dan guna kain tu semaksimum yang
mungkin,contoh beli kain cotton 4 meter, lepas tu buat jubah.
awwi! utiliti sebagai pengguna bertambah kan? sebab tak membazir pun kain,kain perca secoet je.
Cuba bezakan dengan beli kain RM1K 4
meter, tapi buat dress nampak ketiak, nampak lutut. sayang tau, banyak
kot kain lebih boleh buat kain perca cantum-cantum jadi selimut. haha.
Tengok! kita untung tau jadi muslimah!
Yang tertutup itu indah!
Muslimah,
memang kita mahu jadi indah,
memang kita mahu jadi cantik,
tapi jangan dibuka apa yang perlu ditutup,
tapi jangan diketat apa yang perlu dilonggar,
kita tercipta sudah sedia indah,
tidak perlu diubah atau ditambah,
indah hati indahlah wajah,
bangun muslimah,
kekalkan keindahan wajah-wajah indah,
dengan akhlak dan peribadi yang indah!
******
Artikel adalah perkongsian dari sahabat pembaca kita, Syakirah Norhizan ( MissHijabi.blogspot.com ) ke inbox akuislam.com. Semoga perkongsian dari beliau memberi 1001 makna dan manfaat kepada kita semua =)
Mencari | find me. by pukingpastilles
Muslimah yang dikasihi,
Di saat orang lain punya cinta dan kita masih sendiri,
kita merasakan bahawa hidup ini sudah tiada ertinya.
Di saat orang lain punya bahagia dan kita masih tercari-cari,
Kita mengatakan bahawa Dia sudah tidak sayangkan kita.
.
Muslimah yang dikasihi,
Sedarkah bahawa Allah Ya Rahman sedang melihat kita dengan pandangan rahmatNya?
Oleh itu bersabarlah dengan setiap ujianNya,
kerana Dia telah mengaturkan kisah bahagia kita dengan caraNya sendiri.
.
SMS | Conversation by purpleplane
Apabila kita kerap bertemu dengan
dirinya, dia yang pernah menembusi dinding pertahanan hati kita,
biasanya akan menjadi seksaan batin yang berat apabila kita tidak mampu
menerima dengan hati dan fikiran yang sihat.
Walaupun kita sudah bertekad melupakan dia, ia tidak semudah mengucapkan.
Mungkin kita bertekad tidak mahu berjumpa lagi, dengan harapan supaya dapat mengurangkan ingatan kepadanya.
Bertekad bagi melupakan dirinya
selama-lamanya, membuang jauh memori indah dan kenangan yang pernah ada.
Tetapi ternyata tidak semudah itu.
Kadangkala, tuntutan urusan kehidupan
membuatkan kita perlu berkomunikasi dengan dia. Misalnya, apabila kita
dan dia berada dalam satu organisasi seperti tempat kerja.
Adakah mungkin kita tidak berinteraksi dengan dia?Adakah mampu untuk kita tidak berinteraksi dengan dia semasa menguruskan program kerja ataupun agenda organisasi? Mustahil, bukan?
Tetapi apabila keadaan memerlukan kita berkomunikasi dengan dia, minimumkan komunikasi itu. Moga-moga dapat kita hindari daripada pujuk rayu syaitan.
Komunikasi bukan hanya bertemu secara langsung. Dalam era yang serba canggih ini, semuanya lebih mudah dengan adanya telefon, Internet, sehingga sistem pesanan ringkas atau SMS.
Kita perlu berwaspada dengan interaksi digital ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar